Friday, September 4, 2020






Dengan segala hormatnya, saya persembahkan profil syarikat Din Food Marketing Sdn Bhd. Secara sukacita, saya juga ingin nyatakan bahawa perniagaan kami kini telah menempuh kejayaan dan berkembang maju dalam industri pemprosesan dan pembekalan ayam.

Kawasan perniagaan DFM sdn bhd merangkumi daerah Shah Alam, Puchong, Kajang, Bangi, Kelang, Subang dan seluruh kawasan lembah klang. 

Dengan adanya sokongan padu dari pekerja-pekerja yang berkemampuan tinggi dan juga teknologi maju yang dikembangkan masa demi masa, kami sentiasa menghasilkan ayam proses yang terbaik dan berkualiti untuk para pelanggan. Dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam memproses Ayam Segar di pasaran tempatan, DFM meningkat setapak lagi dengan menaik tarafkan kemudahan dan peralatan memproses Ayam bagi memenuhi sepenuhnya permintaan pelanggan untuk mendapatkan bekalan Ayam Proses Segar yang

                                                BERKUALITI, BERSIH dan HALAL.

Bagi mengukuhkan kedudukannya dalam 10 kelompok pengeluar dan pembekal dalam pasaran tempatan DFM telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat pada 27 September 2003 untuk terus bersaing dengan pesaingnya dalam pasaran bagi memenuhi permintaan dalam pasaran.

Kini syarikat DFM sdn bhd telah menjadikan kilangnya di lokasi Shah Alam sebagai Pusat Pentadbiran dan Pengeluaran Ayam Segar  Tempatan yang ditadbir sepenuhnya oleh bumiputra

No comments:

Post a Comment