Friday, September 4, 2020
AYAM SEGAR
Ayam Segar pengeluaran syarikat kami yang mengutamakan aspek kebersihan, keselamatan dan HALAL yang dijamin akan memuaskan hati para pelanggan semua.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai penghantaran dan harga AYAM SEGAR hubungi kami di talian 0123786255 yang beroperasi setiap hari dari jam 9.00 am - 5.00 pm.
Pemprosesan ayam segar di kilang kami yang menggunakan kemudahan teknologi yang diluluskan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas pemasaran ayam segar tempatan.
Kami mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan dan mengikut kehendak yang telah di tetapkan oleh pihak Jabatan untuk memastikan ayam segar pengeluaran kami 100 % HALAL.
Dengan segala hormatnya, saya persembahkan profil syarikat Din Food Marketing Sdn Bhd. Secara sukacita, saya juga ingin nyatakan bahawa perniagaan kami kini telah menempuh kejayaan dan berkembang maju dalam industri pemprosesan dan pembekalan ayam.
Kawasan perniagaan DFM sdn bhd merangkumi daerah Shah Alam, Puchong, Kajang, Bangi, Kelang, Subang dan seluruh kawasan lembah klang.
Dengan adanya sokongan padu dari pekerja-pekerja yang berkemampuan tinggi dan juga teknologi maju yang dikembangkan masa demi masa, kami sentiasa menghasilkan ayam proses yang terbaik dan berkualiti untuk para pelanggan. Dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam memproses Ayam Segar di pasaran tempatan, DFM meningkat setapak lagi dengan menaik tarafkan kemudahan dan peralatan memproses Ayam bagi memenuhi sepenuhnya permintaan pelanggan untuk mendapatkan bekalan Ayam Proses Segar yang
BERKUALITI, BERSIH dan HALAL.
Bagi mengukuhkan kedudukannya dalam 10 kelompok pengeluar dan pembekal dalam pasaran tempatan DFM telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat pada 27 September 2003 untuk terus bersaing dengan pesaingnya dalam pasaran bagi memenuhi permintaan dalam pasaran.
Kini syarikat DFM sdn bhd telah menjadikan kilangnya di lokasi Shah Alam sebagai Pusat Pentadbiran dan Pengeluaran Ayam Segar Tempatan yang ditadbir sepenuhnya oleh bumiputra






